FIRST WEEK IN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Salam semua, Nama saya Vijenthiran A/L Ragavan ingin meluahkan minggu pertama 'experience' di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya datang ke UKM dengan penuh berat hati sebab kali pertama saya datang belajar di Selangor dan tempat tinggal dan rumah  saya di Kedah. Saya belajar tadika sampai STPM dekat Kedah dengan bersama keluarga saya. Tiba - tiba dapat universiti di Selangor. Saya datang ke UKM dengan kereta bersama ibu bapa, saudara-mara dan nenek. 

Saya memang rasa susah hati untuk tinggalkan ibu bapa sebab dari kecil sampai 20 tahun saya tidak pernah jauhi dari keluarga saya dan saya merupakan anak tunggal dalam family saya. Family saya hanya ada 3 orang sahaja saya dan ibu bapa. Selepas, saya datang ke kolej Dato' Onn, ibubapa dan nenek saya kemaskan bilik dan susun barang untuk saya. Saya hanya duduk di atas tepi katil sebab rasa susah hati. Selepas pengemasan bilik saya, agak -agak pada pukul 3.00 petang macam itu, ibu bapa, nenek dan saudara- mara semua mula balik ke Kedah.  Malam hari pertama memang saya tak tidur, dan rindu saya punya keluarga. 

Hari seterusnya merupakan hari minggu Minggu Apreasi Watan (MAW). Saya banggun pada pukul 5.00 am. Seterusnya saya mandi dan siapsiaga untuk hari tersebut. Seminggu MAW, saya ikut apa yang akan berlaku. sebab pada masa itu, saya memang tiada 'room-mate' untuk meluangkan perasaan sesama saya. Saya secara berseorang sahaja dalam bilik tersebut. Minggu Maw, tersebut memang padu. Pada masa tersebut bila saya ulang alik dari DECTAR, Fakulti memang saya rasa baik sedangkan bila saya datang ke bilik saya saya rasa perseorangan dan rindu saya punya ibu bapa. 

Sebaik baik sahaja sudah habis minggu MAW, pada keesoknya hari jummat, ramai yang dah balik sebab cuti 3 hari. Pagi hari Jumaat saya bangun, saya rasa demam, selsema, sakit tekak dan pening kepala. Saya tatau nak buat apa. So, lepas itu saya call Pemudah Cara yang mengendalikan bahagian kesihatan dan dia juga merupakan Eksekutif prasarna dan keselamatan KDO sesi 23/24 , Hari itu, MEP tersebut sangat bantu saya hantar dan bawa saya ke Pusat Kesihatan Universiti dengan kereta Pemudah Cara yang lain. So, selepas saya pergi ke PKU doktor ambik darah untuk check sama ada kena kuman ke atau tidak. Nasib baik doktor kata demam biasa. 2-3 hari saya makan ubat tersebut dan sembuh semula. 

Itu merupakan cerita PAHIT-MANIS pengalaman minggu pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia.



Gambar semasa berada di DECTAR


Gambar semasa aktiviti di kolej Minggu MAW.


Comments